hok ikut ambe..

Showing posts with label Hamba Allah. Show all posts
Showing posts with label Hamba Allah. Show all posts

Saturday, July 28, 2012

Kerinduanku padamu....


Amat payah untuk aku ucapkan....
Saat hati gelisah...
Tak tahu rasanya jiwa....
Resah dan gundah melanda....
Kelibatmu masih tak jumpa...
Hati merindui amat dalam rasanya....
Semakin mekar cintaku bila mendengarnya....

Hebatnya penanganmu...
Bukan sahaja aku...
Malah ramai yang menantimu....
Mereka seperti aku...
Terasa ingin bertemu denganmu....
Padamu ada cahaya....
Kelebihanmu dambaan insan bertaqwa....

Jenuh aku menunggu...
Akhirnya engkau muncul jua....
Gembiranya aku....
Rasa sebak di jiwa....
Dapat bertemu denganmu....
Rinduku terubat kini....

Sebelum engkau hadir disisiku...
Aku berdoa sesudah sujudku...
Agar aku bertemu denganmu...
Aku mengharap akan perjumpaan kita...
Akhirnya kita bersua muka....

Namun....
Sepurnama hanya kisah kita....
Engkau pergi belum pasti kembali....
Untuk bertemu aku di lain kali....
Adakah ada peluang untukku nanti....

Ya Ramadhan....
Aku pasti merinduimu kali ini...
Sesudah engkau pergi....
Resah kembali bersarang di hati....
Gundah datang menghimpit hati...
Gelisah dan rindu membengkung sanubari....
Aku akan terus berdoa...
Agar bertemu lagi di masa nanti...
Bukan mudah untuk bertemumu...
Semoga Allah terima akan permintaanku...

Ya Ramadhan...
Ya Ramadhan....
Ya Ramadhan....

Wednesday, February 29, 2012

Rayuan Si Kaki Dosa



Ku berjalan di lorong berliku
Bersama lumpur dosa masa silamku
Mencari satu destinasi
Demi mengharapkan suatu keampunan

Ku kesal akan dosa silamku
Ku akur padaMu Ya Allah
dulu ku sering melupakankanMu
dulu aku sering meninggalkanMU

Ya Allah
Terimalah rintihan taubat dariku
Ya Allah
Dengarilah rayuan hambaMu ini
Ya Allah
Tunjuki aku Jalan Lurus Mu

Bila mana aku lupa akan siapa itu Muhammad
Bila mana aku alpa dengan dunia fana 
Aku di buai oleh tipu daya si durjana
Aku terpedaya dengan kecantikkan sang wanita

Ya Allah
Terimalah rintihan taubat dariku
Ya Allah
Dengarilah rayuan hambaMu ini
Ya Allah
Tunjuki aku Jalan Lurus Mu

Kuatkanlah hati ku Ya Allah
Kerana aku perayu si kaki dosa


Friday, February 24, 2012

Mendapat Payung Di Masyhar


Sabda Rasulullah SAW :

"Daripada Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah SAW : Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat  (masyhar) pada hari tiada sebarang naungan melainkan naunganNya : Pemimpin yang adil, Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, Lelaki yang sentiasa hatinya terpaut kepada masjid, Dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah dan berpisah keranaNya, Dan lelaki yang dipujuk oleh wanita yang cantik lagi berkedudukan (mengajak melakukan hubungan haram), Maka dia berkata "Sesungguhnya Aku takutkan Allah, dan Seorang lelaki yang memberi sedekah dengan cara tersembunyi sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan lelaki yang berzikir (mengingati) kepada Alah secara tersembunyi maka mengalir air matanya" 
                   
(Riwayat Muslim)

Pertama : Pemimpin yang adil. Mereka merupakan kategori pertama dipilih oleh Allah, memandangkan tugas mereka terlalu berat menguruskan rakyat di bawahnya dengan penuh keadilan tanpa mengira kedudukan mahu pun bangsa. Mereka sentiasa menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira waktu. Tidak sesekali bertindak melakukan kezaliman terhadap rakyatnya kerana Islam adalah rahmat sekelian alam.

Kedua : Pemuda yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah, dengan maksud mereka sentiasa melakukan segala gerak-kerja berlandaskan syariat Allah SWT. Mereka sentiasa mengawasi diri dari terjerumus ke lembah maksiat, dosa dan perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.

Ketiga : Lelaki yang hatinya terpaut pada masjid. Mereka sentiasa mendampingi rumah-rumah Allah walau di mana mereka berada. Tetapi bukanlah mereka menjadikan masjid tempat tinggal atau pun melakukan ibadat seperti zikrullah sepenuh masa tanpa melakukan kerja membangunkan diri dan masyarakat.

Keempat : Dua orang lelaki berkasih sayang kerana Allah. Hadis ini bukan merujuk kepada lelaki semata-mata tetapi juga kepada golongan wanita ( jawapan dari soal jawab ustaz Azhar Idrus ). Mahabbah yang dibina bukan berdasarkan nafsu tetapi penuh keikhlasan semata-mata, bukan kerana faktor kekayaan mahupun kedudukan. Hati mereka tetap bersama walau pun mungkin mereka berada di tempat yang jauh. Sehinggalah mati memisahkan mereka berdua.

Kelima : Seorang lelaki yang dipujuk oleh wanita yang cantik menawan, dengan pujukan yang penuh menggoda, malah wanita itu mempunyai kedudukan namun dengan iman mereka mampu bertahan dan menyatakan sesungguhnya aku amat takut dengan azab Allah SWT. Betapa kentalnya iman mereka dalam menghadapi situasi yang genting itu. Bukan perkara yang mudah bagi remaja dengan nafsu yang begitu kuat mampu bertahan. Kebanyakan mereka tewas dengan godaan wanita bahkan dengan zaman kebebasan sosial kini semakin sukar untuk kita mencari lelaki yang mempunyai iman. Malah sebilangan mereka bertuhankan hawa nafsu semata-mata.

Keenam : Lelaki yang menghulurkan sedekah secara sembunyi tanpa diketahui oleh sesiapa pun. Hal ini membuktikan keikhlasan terhadap apa yang diberikan. Jauh sekali untuk mereka menunjuk-nunjuk atau riak. Di sini menjelaskan bahawa sedekah secara rahsia lebih afdhal dari secara terang-terangan. Tetapi dalam konteks sedekah yang wajib misalnya zakat adalah afdhal dilakukan secara terang.

Ketujuh : Seseorang lelaki yang mengingati Allah SWT secara berseorangan samaada ingatan itu berlaku secara lisan atau hati yang khusyu' lalu menitis air mata kerana teramat gerun dengan kuasa Allah SWT. Titisan air mata itu berlaku sendirian jauh daripada riak bukan disebabkan dosa yang dilakukan namun kerana ketakutan yang teramat kepada Allah SWT.

Thursday, February 23, 2012

Langkah Menuju Rabbi.... Bersediakah kita...?

  "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberiKu makan. Sesungguhnya Allah, Dialah Maha pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan yang saat kukuh. "
(surah Az-Zariyaat Ayat 56-58)

Ayat di atas jelas menyatakan tujuan penciptaan jin dan manusia oleh Allah SWT adalah hanya beribadah kepadaNya. Allah tidak mengharapkan apa-apa dari hambaNya malah Dialah yang memberi harapan dan segala  rahmat kepada setiap hambaNya. Bukan hanya sekadar bersolat, berpuasa, membayar zakat, menunaikan haji malah setiap perlakuan seharian kita kepada Allah mestilah bertauhidkan Allah. Setiap amalan kita di dunia akan dihitung di akhirat kelak. Kerana destinasi kita yang akan dituju selepas mati adalah kembali kepada Allah Rabbil Alamin. Apa yang kita bawa ketika berhadapan dengan Allah...? Apa yang kita akan jadikan sebagai bekalan untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan olehNya..?

Perjalanan kita terlalu jauh., destinasi kita adalah akhirat yang kekal buat selama-lamanya. Maka, beruntunglah bagi mereka yang memahami matlamat kewujudannya dan rugilah mereka yang lalai dengan keseronokan dunia yang sementara. Sebagai hamba Allah, pastinya Allah sentiasa memerhati segala tindak tanduk kita ketika di dunia. Setiap darinya akan dicatat oleh para MalaikatNya yang telah ditugaskan oleh Allah. Tidak akan tertinggal satu pun perlakuan kita yang tidak dicatat oleh para Malaikat samaada baik atau buruk sebagaimana firman Allah :

             "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat Pengawas yang selalu hadir"
(Surah Qaaf Ayat 18)


Manusia sebagai hamba Allah sewajibnya tunduk dan patuh kepada peraturan Allah sekiranya kita inginkan kebahagiaan di dunia dan juga akhirat.

Sebagaimana firman Allah SWT :

      " Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidup dan matiku hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam."


Dunia ini hanyalah persinggahan bagi kita. Ia diibaratkan sebagai musafir di tengah perjalanan. Musafir di dalam perjalanan akan berhenti di suatu tempat untuk mencari bekalan agar dapat menuju destinasi yang hendak dituju. Jika bekalan itu tidak mencukupi, maka pasti musafir itu tidak dapat sampai ke destinasi tersebut. Itulah kita sebagai manusia, dunia ini adalah persinggahan dan perhentian yang mana kita perlu mencari sebanyak mana amalan untuk sampai ke akhirat. Jika ketika kita di dunia, kita bertauhidkan Allah, pastinya Allah membuka seluasnya pintu syurga untu kita dan jika sebaliknya, kita akan dilemparkan ke dalam neraka Allah. Ingatlah, azab Allah sangat pedih.

Jadi, adakah langkah kita ini adalah persediaan kita menuju Allah. ...? bersediakah kita untuk berhadapan dengan Allah Yang Maha Esa....? Apakah yang kita akan bawa sebagai bekalan agar janji-janji Allah dapat kita miliki....?