Sahabat nabi merupakan orang yang hidup sezaman nabi dan pernah
berjumpa dengan nabi. Di bawah ini terdapat seramai 10 orang sahabat
yang telah dijamin oleh Allah SWT masuk ke dalam syurga. Jaminan ini adalah disebabkan perngorbanan ikhlas mereka dalam memperjuangkan agama serta membantu nabi dalam menyampaikah dakwah kepada orang kafir. Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).
1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan lelaki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran.
(Surah At-Taubah ayat ke-40)
Sebagaimana berikut : “Jikalau tidak
menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu)
ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah)
sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar)
ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada
temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka
Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan
tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan
orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang
tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq
meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadits.
2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu
Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi
Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan
musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia
bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat
sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu
menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat.
Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari
Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat
ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal
dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu
Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam
masjid Nabawi di Madinah.
3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan,
kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah
Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati
sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88
tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau
terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain
Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam
peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.
5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh,
sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam
Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun,
dan dimakamkan di Basrah.
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapanya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.
9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.
10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada waktu kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw.
Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan
dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh
kaum Muslimin.
No comments:
Post a Comment