hok ikut ambe..

Friday, March 2, 2012

Harta Dan Diri Hanya Pinjaman

Terdapat emat golongan manusia yang tidak akan merasa runsing atau gelisah katika seluruh manusia menempuh kegawatan pada hari  kebangkitan di Mahsyar kelak. Malah golongan berkenaan akan ditempatkan oleh Allah SWT di suatu bukit Kasturi yang sangat harum dan nyaman. Betapa mewah dan selesanya keadaan mereka sebelum memasuki syurga lagi. Golongan bertuah itu seperti dijelaskan oleh sabda Rasulullah S.A.W  yang bermaksud :

" Seseorang yang baca al-Quran semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. orang yang menjadi imam ( imam solat atau pemimpin masyarakat ) dalam situasi disenangi ( diredhai ) orang ramai. Seseorang yang melauangkan azan di masjid dan berdoa kepada Allah Azza wa Jalla semata-mata untuk mendapat ganjaran Allah S.W.T. Seseorang yang dibala dengan harta ( sama ada kemiskinan atau kekayaan ) di sunia, tetapi ujian harta tersebut tidak menjejaskan amalan akhiratnya. "




Golongan Pertama ialah mereka yang penuh keyakinan bahawa membaca al-Quran adalah ibadat yang disukai Allah SWT. Mereka sentiasa membacanya, bukan untuk berlagu dan menarik perhatian orang ramai, sebaliknya hanya mendapatkan redha Allah. Di samping itu, mereka juga berusaha untuk memahami maksud dan mengambil hidayah, hukum hakam, iktibar serta peringatan daripada wahyu Allah yang dibacanya itu.

Golongan Kedua ialah orang yang menjadi imam kepada sesuatu kaum, sama ada imam solat atau imam sebagai pemimpin masyarakat. Dalam keadaan orang ramai redha dan menyukainya disebabkan akhlaknya yang mulia, nasihatnya yang menepati kehendak Allah serta kepimpinan yang adil.

Golongan Ketiga ialah seseorang lelaki yang melaungkan azan di masjid, musalla ( surau ) atau di mana jua kerana Allah semata-mata untuk mendapatkan pahala kerana sebutan dalam azan adalah menyebut Allah dan RasulNya. Merka melaungkan azan kerana terdapat di dalam azan perkataan dan seruan yang baik iaitu mengajak manusia mendirikan solat ( haiya alas solah ) dan mengajak manusia mencaai kejayaan ( haiyya alal falah ). nasihat yang baik termauk seruan : As Solatu Khairun Minan Naum ( sembahyang lebih baik daripada tidur).

Golongan keempat  ialah orang yaang ditimpakan dengan bala ( ujian ) harta oleh Allah tetapi bala itu tidak menjejaskan amalan di akhiratnya. Diuji dengan rezeki samaada miskin ataupun kaya. Kemiskinan sememangnya menyusahkan seseorang. Tetapi kekayaan juga boleh menjadi ujian yang berat kepada manusia. Kadang kala orang yang kaya sangat berat untuk menderma kerana kadangkala hatinya miskin ( bakhil ). Berat untuk mengeluarkan harta bagi kebajikan orang lain.



Namun golongan keempat yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W ialah bala rezeki samaada miskin atau kaya yang tidak menjejaskan amalan untuk akhirat. Jika dibalakan dengan kemiskinan mereka masih mampu memperuntukkan sebahagian harta untuk menderma bagi kepentingan agama walaupun sedikit tetapi ikhlas untuk pahala akhirat di samping untuk keperluan diri dan rumahtangganya.

Kekayaan kadangkala menjadi malapetaka kepada seseorang, mereka terlalu sibuk untuk menguruskannya hingga lupa kebajikan jiran tetangga dan ahli masyarakat yang miskin serta memerlukannya. Sebahagian hartawan pada umumnya merasa kehidupannya amat selesa, keselesaan menjadikan mereka lupa kepada Tuhan tempat bergantung. Justeru masyarakat sekeliling tidak mendapat sebarang manfaat daripada kekayaan hartawan itu, kerana harta mereka sedang dilabur dalam mana-mana institusi kewangan yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Bagaimanapun Nabi S.A.W. menegaskan ada orang diselamatkan oleh Allah SWT daripada bala harta, kekayaan tidak menjadikan mereka lupa daratan sebagaimana yang terjadi kepada Tsa'labah dan Qarun. Orang yang diselamatkan Allah itu, semakin dia hartawan semakin meningkatkan rasa tanggungjawabnya, bahkan bersyukur kepada Tuhan yang mengurniakan harta yang melimpah. Dengan harta yang banyak itu mereka pula mengeluarkan zakat, bermurah hati membantu orang yang memerlukan, kerana dia sedar bahawa harta dan dirinya hanya pinjaman dan amanah Allah S.W.T.

Jika kehidupan di dunia manusia memerlukan harta dan wang untuk menyelesaikan pelbagai urusan, di akhirat juga manusia memerlukan sesuatu untuk mencapai kebebasan  daripada azab neraka, juga untuk memasuki syurga yang dijanjikan Allah. Yang dimaksudkan "seseuatu" itu adalah pahala. Pahala adalah tanda keredhaan Allah. Harapan seseorang untuk mencapai kebahagiaan akhirat dalam syurga, hanya jika pahala mengatasi dosa.

Antara cabang pahala di akhirat kelak adalah pahala akan menjadi nur ( cahaya ). Cahaya menjadi sesuatu keperluan manusia di alam barzakh dan juga akhirat. Jika manusia terpaksa menyediakan lampu untuk menerangi rumah pada malam hari, maka mereka juga mesti berusaha untuk menyediakan cahaya untuk dirinya di akhirat. Solat yang khusyuk dan sempurna adalah di antara ibadat akan menjadi cahaya bagi menerangi seseorang pada hari akhirat kelak.

Orang lain tidak mungkin dapat menumpang cahaya dari nur ibadat seseorang pada hari akhirat. Kerana cerah cahaya pada hari akhirat itu ibarat cerah penglihatan seseorang, yang manfaatnya hanya untuk individu berkenaan. Orang buta tidak mungkin matanya dapat menumpang cerah penglihatan orang lain.


No comments:

Post a Comment