hok ikut ambe..

Thursday, March 15, 2012

Keistimewaan Hari Jumaat Dalam Islam



Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Rasulullah s.a.w bersabda, 
“Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. 
(HR Ibnu Majah)

Sebahagian Ulama berkata : Telah terjadi 7 Pernikahan antara para Nabi dan antara para Auliya’ pada hari Jumaat, iaitu :
1. Pernikahan antara Adam as dengan Hawa,
2. Pernikahan antara Yusuf as dengan Zulaikha,
3. Pernikahan antara Musa as dengan Shafrawa,
4. Pernikahan antara Sulaiman as dengan Balqis,
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah,
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Aisyah,
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada Hari Jumaat:
  • Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda (maksudnya): “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya AldilFitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu:
    1. Penciptaan Adam.
    2. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga.
    3. Pada hari itu juga, dia wafat.
    4. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
    5. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”.
    Hadis Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi
  • Menurut Imam Sayuti:
    1. Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul
    2. Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
    3. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
    4. Api neraka tidak menyala.
    5. Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta’ala.
Doa Hari Jumaat




Zikir Hari Jumaat
يَا الله
Kelebihan dan Fadhilat Amalan Hari Jumaat
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  •  Kebaikan dengan memotong kuku.
Ibnu Masud berkata ," Sesiapa yang memotong kuku pada hari jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan."
  •  Makbulnya doa di antara dua khutbah
sabda Rasulullah ;  
" Pada hari itu terdapat suatu masa di mana terdapat hamba mukmim apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada suatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan."
(Hadis riwayat Tirmizi)

     Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
"Pada Hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan."
 
Dan Rasulullah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)

No comments:

Post a Comment