hok ikut ambe..

Saturday, March 10, 2012

Kisah Seorang Hamba






Lama mencari sinar
Setelah gelap dalam dakapan
Tersungkur jatuh
Tersembam ke bumi
Ketar lutut melangkah

Dulu
Aku adalah aku
Bangga dengan harta dunia
Dunia umpama selamanya
Hanyut dalam leka
Lupa akan Yang Esa

Dulu
Aku tak pernah endah
Akan nasihat mereka
Supaya kembali kepada fitrah
Ku fikir dunia ini untukku
Ku anggap ku hidup selamanya
Walaupun ku tahu akan benarnya mati
Mereka mengajakku solat
Aku seperti tidak mendengarnya
Bila hatiku susah
Baru ku ingat akan Allah
Bila dapat apa yang inginkan
Aku tinggalkan Dia tanpa syukur

Hinanya aku
Jijiknya aku
Dosa silam membelenggu
Adakah Dia terima akan taubatku
Adakah Dia bisa terimaku kembali sebagai hamba

Kini
Aku bersyukur
HidayahMu aku gapai
Aku berazam kembali kepada fitrah
Untuk mengenaliMu Ya Allah
Untuk ikut ajaranmu Ya Rasulullah

Kisah seorang hamba
Inilah perjalanan aku dan sesiapa sahaja
Kadang tertipu dengan tipu daya dunia
Semoga kita istiqamah dalam berusaha
Untuk mengenali Maha Pencipta

No comments:

Post a Comment