hok ikut ambe..

Saturday, February 25, 2012

12 Golongan di Masyhar

Diceritakan bahawa pada suatu hari, Mu'adz bin Jabal bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai maksud firman Allah SWT yang bermaksud :


   "Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangsakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok"
                                                                                                                       (Surah An-Naba' : 18)

Mendengar sahaja Mu'adz bertamya, lanatas Baginda menangis dan bersabda :

"Wahai Mu'adz, sesungguhnya engkau bertanyakan sesuatu perkara yang sangat besar. Ada dua belas macam umatku nanti akan dihalau  ke Padang Masyhar. Mereka itu semuanya Allah tukarkan dan tidak seperti mereka hidup di dunia "


Golongan itu seperti berikut :
  1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang semasa di dunia dulu suka menggangu jiran.
  2. Dibangkitkan dalam keadaan berbentuk babi. Mereka yang malas dan lalai menunaikan solatnya.
  3. Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar seperti gunung dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.
  4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga mereka suka berdusta/berbohong ( tidak jujur dalam urusniaga).
  5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara tersembunyi kerana takut dilihat orang lain tetapi tidak takut dilihat Allah.
  6. Dibangkitkan dalam keadaan lehernya terputus kerana ketika di dunia mereka suka memberi kesaksian palsu.
  7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
  8. Dibangkitkan dalam keadaan kepala sedangkan kedua-dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika di dunia, mereka suka berzina dan mati tanpa sempat bertaubat.
  9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana semasa di dunia mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
  10. Dibangkitkan dalam keadaan penuh kusta dan sopak kerana semasa di dunia mereka menderhakai orang tua.
  11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke perut manakala perutnya penuh kekotoran kerana semasa di dunia mereka gemar meminum arak.
  12. Dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melintasi titain sirat seperti kilat memancar kerana golongan ini semasa di dunia hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktu dengan berjamaah. 
 Rasulullah SAW turut bersabda :

                  "Jaminlah untukku enam perkara maka aku akan menjamin untukmu syurga"

  • Kalau berbicara maka bercakaplah perkara yang benar.
  • Kalau berjanji maka tepatilah.
  • Kalau diberi amanah maka tunaikanlah dengan baik.
  • Pejamlah matamu daripada perkara yang diharamkan.
  • Peliharalah kemaluan daripada zina.
  • Peliharalah sepak terajangmu daripada tindakan yang diharamkan.
Sebagai hamba Allah, kita sentiasalah mengawal diri kita semoga termasuk dalam golongan yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW.

No comments:

Post a Comment