hok ikut ambe..

Friday, February 24, 2012

Perjalananku menghadapMU...


Liku ku lalui,
Ranjau yang ku tempuh,
Sempit dan gelap,
Ku gagahi atur langkah,
mencari adanya sinaran menantiku di depan,

Pernah aku tewas,
Dengan bisikan si durjana,
Pernah aku jatuh,
Tersenbam ke dunia fana,
Aku menjadi leka tika itu,
Saat itu,
Aku tidak kenal lagi pada Rabbi,
Aku lupa siapa itu Rasulullah,
Aku terus hanyut dan hanyut,
Keindahan dunia mengasyikkanku,
Kecantikkan wanita mempersonakanku,
Keseronokan melalaikanku,

Bila mana aku sedar,
Aku hilang tujuan hidupku di sini,
Bila mana aku sedar,
Aku ditipu oleh sang dunia,
Bila mana aku tahu,
Bahawa hidupku itu hanya sia-sia,

Saat itu,
Baru ku gagahi mencari sinar dari Rabbi,
Baru ku mahu turuti kata-kata Nabi,
Seperti kanak-kanak,
Yang dilatih mengenal Pencipta,
Adakah sudah terlewat,
Adakah taubatku akan diterima olehNya,
Adakah Dia Rabbi menerima diriku yang kotor dengan dosa silam,
Adakah Dia Rabbi menerimaku yang tika dulu lupa padaNya,

Ya Allah,
HambaMu berserah jiwa dan raga,
Tuntuni aku mengapai redhaMu,
Pimpini aku mencapai rahmatMu,
kerana,
Solatku, 
Ibadatku,
Hidupku,
Dan juga matiku,
Hanya padaMu Ya Rabbi



No comments:

Post a Comment