hok ikut ambe..

Tuesday, February 28, 2012

Hikmah Solat Berjemaah



Firman Allah :
           "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan orang yang orang-orang yang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki ; maka Sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari selain itu, maka mereka itulah orang-orang yang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya"
                                                                                                             (Surah al-Mukminum Ayat 1-9)

Ayat ini menyenaraikan ciri-ciri orang yang berjaya dan cemerlang. Allah telah memberikan kepada hambaNya cara dan langkah sebagai panduan kepada manusia untuk mencapai kegemilangan hidup di dunia dan di akhirat.

Antaranya ialah mereka yang mengerjakan solat yang penuh kualiti, istiqamah serta tetap tetap memelihara solat secara berterusan. Sebenarnya, melalui solat kita dapat melihat betapa pengurusan organisasi, jabatan, kumpulan atau individu telah pun ditunjuk melalui solat. 

Pertama : 
Soal Waktu Solat. Islam melarang umatnya melengah-lengahkan solat setelah masuk waktunya. Ini dapat dikaitkan dengan pengurusan masa. Lazimnya orang yang yang melengah-lengah solat didapati mengamalkan budaya yang sama di dalam pekerjaan. Kita dapat lihat bila seseorang itu apabila melengah-lengahkan solat, bermakna orang itu tidak pandai menguruskan masanya. Oleh itu, di dalam kerja sehariannya, dia sering melengah-lengahkan sesuatu tugasan yang telah dipertanggungjawabkan.

Kedua :
Etika berpakaian. Pakaian tidak semestinya yang berharga ratusan ringgit tetapi mestilah bersih dan kemas. Ini melambangkan keperibadian seseorang, apa yang bersih secara zahir mestilah bersih secara batin. Hal ini bermakna dalam bidang pengurusan kerja, seseorang hendaklah berpakaian kemas dan berjiwa bersih. Pakaian yang bersih dan kemas melambangkan disiplin dan kesungguhan. Hanya mereka yang berjiwa kotor sahaja yang sanggup melakukan perkara yang keji yang dilarang oleh Islam seperti rasuah, menyeleweng, ponten kerja dan seumpamanya.

Ketiga :
Soal Niat dan Takbirratulihram. Ini bermakna tumpuan secara sepenuhnya semasa mengerjakan soalt dan menghadap Allah dengan penuh ikhlas dan khusyu'. Kita melakukan solat kerana solat itu tiang agama. Solat itu adalah penghulu segala amalan. Tanpa solat, rosaklah iman dan takwa kita. Begitulah yang dapat kita praktikkan dalam pekerjaan dan pengurusan organisasi atau seumpamanya.  Jika kita dapat melakukan solat dengan penuh khusyu' dan tunduk semata-mata kepada Allah,, maka kita dapat praktikkan dalam pekerjaan kita yang mana kita akan melakukan sesuatu tugasan dengan bersungguh-sungguh dan rajin.



Dalam solat berjemaah pula, kita dapat melihat cara dan langkah dalam pemilihan ketua sesebuah organisasi. di dalam solat, pemilihan imam adalah seseorang yang paling berpengetahuan dan baik bacaanya. Imam wajib diikuti selagi beliau tidak melanggar perkara-perkara yang membatalkan solat. Selain itu, solat berjemaah mengajar kita bagaimana taat setia kepada pemimpin. Di dalam solat, jika imam terlupa atau tersalah dalam solat berjemaah, makmum boleh menegur imam tersebut melalui cara yang telah dianjurkan di dalam Islam. Perkara itulah yang kita praktikkan di dalam kehidupan seharian. Kita akan taat setia kepada seseorang pemimpin selagi mana beliau tidak melakukan dan mengarahkan kita mengerjakan sesuatu perkara atau tugasan yang dilarang oleh syarak. jika pemimpin itu melakukan kesalahan, kita boleh menegur pemimpin tersebut walaupun pangkat kita hanya sebagai tukang sapu di dalam sesebuah organisasi. Pemimpin atau ketua hendaklah menerima segala pandangan dan nasihat yang diberikan oleh pekerja di bawahnya untuk kebaikkan bersama.

Firman Allah : 
                "Hai orang-orang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya, dan ulil amri (pemimpin) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya"
                                                                                                 (Surah an-Nisa' Ayat 59)

Di dalam solat berjemaah juga, imam  perlu membaca dengan nyaring dan takbir yang jelas supaya dapat didengari oleh makmum. Hal ini berkait rapat dengan komunikasi dalam organisasi. Ketua hendaklah menyampaikan setiap arahan dengan jelas dan sampai kepada setiap pekerja di bawahnya. Hal ini supaya matlamat arahan itu dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai tujuan arahan itu diberikan.

Solat berjemaah adalah lebih baik dari solat sendirian. Hal ini mengajar kita konsep Musyawarah di dalam membuat sesuatu keputusan. Melalui musyawarah, keputusan yang diambil itu adalah melalui persetujuan ramai melalui kesepakatan dalam membuat sesuatu keputusan.






No comments:

Post a Comment