hok ikut ambe..

Sunday, February 26, 2012

Muslimah Solehah

       Wanita adalah tenaga penting dalam sesebuah negara. Jangan disangka kelembutan seorang wanita itu melambangkan kelemahan, akan tetapi tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia.

      Allah menjadikan lelaki dan wanita adalah dari unsur yang sama iaitu tanah. Islam tidak pernah membezakan antara lelaki dan perempuan dari sudut tanggungjawab terhadap Allah SWT. Setiap amalan yang dilakukan akan diberi ganjaran pahala tanpa mengira jantina, yang membezakan antara mereka adalah takwa.

     Firman Allah SWT bermaksud :

                         "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu "

     Wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dengan mematuhi akan suruhan-Nya serta menjauhi segala laranganNya. Wanita solehah akan sentiasa menjaga maruah dirinya walau pun berada di tempat yang sunyi dan jauh daripada pandangan mata orang lain.

    Firman Allah SWT bermaksud :

                            " Maka wanita yang solehah (baik) ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharakan ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka) "
                                                                                                     (Surah An-Nisa' :34)


     
     Berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud, terdapat empat kumpulan wanita yang akan masuk syurga dan empat golongan wanita yang akan masuk neraka. Golongan wanita yang akan masuk ke dalam syurga adalah :
  1. Wanita yang menjaga kehormatan dirinya, taat kepada Allah dan suaminya.
  2. Wanita yang banyak keturunan, sabar, menerima nafkah dengan gembira dari suaminya walaupun sedikit.
  3. Mempunyai sifat malu apabila suaminya tidak ada, ia menjaga kehormatan diri dan harta bendanya. Apabila bersama suaminya dirumah, ia menjaga lidah dengan bercakap dengan sopan santun dan tidak menyinggung perasaan suaminya.
  4. Wanita yang kematian suaminya maka ianya sentiasa menjaga kehormatan dirinya dan mengasuh anak-anaknya dengan baik dan tidak sanggup berkahwin lagi demi mendidik dan menumpukan kasih sayang terhadap anak-anaknya.
Adapun empat golongan wanita  yang akan masuk neraka ialah :
  1. Wanita yang kotor percakapan dan tingkahlakunya iaitu dengan melukai perasaan suaminya. Manakala apabila ketiadaan suaminya di rumah, dia tidak menjaga kehormatan dirinya, apabila bersama suaminya dia selalu menyakiti hati suaminya.
  2. Wanita yang selalu membebankan suaminya dengan sesuatu yang tidak mampu suaminya tunaikan.
  3. Wanita yang tidak menutup aurat di hadapan kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan mendedahkan aurat dan bersolek.
  4. Wanita yang cita-citanya hanya makan, minum, dan tidur tetapi tidak berkeinginan untuk mengerjakan sembahyang. Tidak taat kepada Allah, tidak taat kepada RasulNya dan juga suaminya. Wanita tersebut mendapat laknat dan termasuk ahli neraka kecuali apabila mereka bertaubat.

                                    

No comments:

Post a Comment