hok ikut ambe..

Monday, February 27, 2012

Meghidupkan dan mempratikkan sunnah Rasulullah

       





Siapakah insan yang bergelar khlifah Rasulullah S.A.W selain dari Khulafa ar Rasyidin yang empat itu ?

Sabda Baginda yang bermaksud :
                                   " Aku berdoa kepada Allah Taala supaya dikurniakan rahmat kepada khalifa-khalifahku." Para sahabat bertanya : "Siapakah khalifa-khalifah itu? Jawab Nabi " Khalifah tersebut ialah mereka yang menghidupkan sunnahku dan mereka sanggup mengajarnya kepada seluruh manusia "

        Nabi S.A.W menerangkan sifat-sifat khalifahnya iaitu orang yang berusaha menghidupkan sunnah Baginda dan berusaha mengajarnya kepada hamba-hamba Allah SWT yang lain. Apabila disebut menhidupkan sunnah, ia membayangkan bahawa sunnah Nabi akan menghadapi suatu zaman yang malap kerana sunnah semakin dilupakan oleh ummah hingga seolah-olah ia lenyap dan mati. Selain menghidupkan melalui amalan sunnah, mereka juga dengan rasa tanggungjawab mengajarkan pada hamba-hamba Allah yang lain sehingga sunnah Baginda dihayati semula dan diamalkan hingga ke hari kiamat.

        Sesiapa jua di kalangan umat Muhammad S.A.W asalkan mempunyai sifat-sifat iaitu ; "Yuhyina sunnati,wayu'allimuna'ibadalah" ( menghidupkan sunnahku dan mengajarnya kepada hamba-hamba Allah), mereka khalifah Rasulullah S.A.W. 

Apa itu Sunnah?

       Sunnah ialah kata-kata, amalan hidup dan pengakuan Rasulullah. Jika di dunia terdapat banyak jalan dibina untuk kegunaan manusia untuk sampai ke destinasi, maka destinasi yang sebenarnya ialah destinasi akhirat. Orang yang paling mengetahui tentang jalan menuju ke akhirat adalah para nabi dan rasul-rasul, khususnya Nabi Muhammad S.A.W. Destinasi dunia hanya diketahui melalui pandangan mata kasar manusia, namun destinasi akhirat adalah destinasi yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilalui dengan  mengikut panduan dan petunjuk yang telah diberikan oleh Rasulullah.

      Jika seseorang itu mengikut selain dari jalan yang dilalui oleh Rasulullah, mereka pasti tidak akan dengan Rasulullah di akhirat kelak. Hal ini disebabkan destinasi terakhirnya berbeza. Ibarat jalan yang sudah lama tidak digunakan, pastinya dipenuhi semak samun sehingga  menyebabkan laluannya tidak kelihatan lagi. Demikianlah juga sunnah Rasulullah kian berkurangan kesuburannya disebabkan kebanyakkan umat Islam tidak lagi mengambil berat dan menghayatinya.

      Justeru itu, sesiapa jua sama ada lelaki atau wanita yang berusaha menghidupkan kembali sunnah Rasulullah ketika kebanyakkan umat Islam tidak lagi menghidupkannya, sesungguhnya merekalah orang yang tergolong sebagai khalifah Rasulullah.

     Antara sunnah Rasulullah yang paling utama ialah menyampaikan ilmu Allah SWT kepada seluruh manusia. Berdasarkan kepada pentingnya ilmu itu,, maka kita hendaklah menghidupkan semula halaqah ta'lim (Kelas Ilmu) mengikut kemampuan seseorang. Rasullulah memerintahkan kita menyampaikan ilmu walaupun satu kalimah. Itu sudah dikira menghidupkan sunnah Rasulullah yang melayakkan seseorang itu tergolong dalam ketegori khalifah Rasulullah.

     Sabda Rasulullah :
               "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku ketika umatku rosak binasa, maka baginya mendapat pahala seratus orang mati syahid"

     Mudah-mudahan kita tergolong dalam kategori khalifah yang mendapat doa dari Rasulullah agar kita hidup kita diberkati dan sentiasa di dalam rahmat Ilahi.

No comments:

Post a Comment